TAHUN 1949
Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh telah ditubuhkan hasil usaha masyarakat setempat dengan nama Sekolah Rakyat. Tapak asalnya ialah di atas sebidang tanah yang mana telah dijadikan tanah perkuburan Islam pada masa kini. Segala mpembiayaan kos pembinaan sekolah ini di tanggung sendiri oleh masyarakat setempat hasil daripada kutipan derma dan zakat hasil tanaman padi. Penduduk kampung telah bersama-sama bergotong-royong membinanya. En Othman bin Hussain adalah Guru Besar pertama sekolah ini
TAHUN 1950
Sekolah Rakyat ini telah dipindahkan (Blok A) ke tapak sekarang dan sebuah kantin didirikan oleh kerajaan setelah bangunan asalnya roboh akibat dilanda ribut.Pelajar-pelajarnya terdiri daripada penduduk-penduduk di sekitar kawasan berhampiran sahaja iaitu Kampung Siam, Kampung Kebun Sireh, Kampung Gambir, dan kampung-kampung yang berhampiran.
Dahulu |
Sekarang |
TAHUN 1985
Maka pada tahun ini terdirilah sebuah lagi bangunan tambahan di sekolah ini (Blok B).
TAHUN 1987
Sebuah bangunan lagi siap dibina (Blok D). En Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan pada masa itu telah mewakilkan Timbalan Menteri Pendidikan beliau pada masa itu, Dato Dr. Leo Micheal Toyad untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada 18 Oktober 1987.
TAHUN 1992
Pada zaman Pn. Faizah binti Zainuddin menjadi Guru Besar, negara sedang menuju era celik IT.Dengan kerjasama PIBG SKKS sebuah Bilik Komputer telah diwujudkan.Sebagai permulaan PIBG telah membeli 20 buah komputer dan sebuah untuk kegunaan murid dan guru.
TAHUN 1998
Blok bangunan lama dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat (Blok A) di atas tapak bangunan tersebut.